HTMS Chakri Naruebet
HTMS Chakri Naruebet

HTMS Chakri Naruebet

HTMS Chakri Naruebet (Thai จักรีนฤเบศร) merupakan kapal pengangkut pesawat pertama dan satu-satunya milik Thailand. Rekabentuknya berasal daripada kapal pengangkut pesawat Sepanyol Principe de Asturias. Chakri Naruebet telah dibina di Ferrol, Sepanyol oleh pembina kapal Sepanyol iaitu Izar (EN Bazan) di antara tahun 1994-1996. Ia kemudian diserahkan kepada Thailand pada tahun 1997. Kapal ini jarang digunakan disebabkan oleh kekurangan dana selepas krisis kewangan Asia pada tahun 1998. Walau bagaimanapun, kapal ini banyak melibatkan diri di dalam latihan dan bantuan bencana selepas tsunami pada tahun 2004. Peranan utama kapal ini adalah untuk mengawasi Zon Ekonomi Ekslusif dan tugas "Cari dan Selamat".HTMS Chakri Naruebet adalah merupakan sebuah kapal pengangkut pesawat yang bersaiz paling kecil di dunia.